Resipi Kek Coklat Black Magic
Resipi Kek Coklat Black Magic
(Resepi dalam bahasa Inggeris di sini)
bahan-bahan:
(Resipi asal menjadikan 1biji kek saiz 9x13 inci)
1 3/4 cawan tepung semua guna
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko tanpa gula
2 sudu teh baking soda
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
2 biji telur
1 cawan kopi (strong brewed coffee)
1 cawan dadih (buttermilk)
1/2 cawan minyak sayuran
1 sudu teh Ekstrak vanila
Cara Penyediaan:
Panaskan oven kepada 350 darjah F (175 darjah C). Gris dan tabur tepung pada loyang saiz 9x13 inci.
Dalam mangkuk besar satukan tepung, gula, koko, baking soda, baking powder dan garam. Buat lubang di tengah tengah-tengah mangkuk untuk masukkan bahan-bahan lain .
Masukkan telur, kopi, buttermilk , minyak dan vanila. Pukul selama 2 minit pada kelajuan sederhana sehinggan adunan menjadi ringan. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disediakan.
Bakar pada 350 darjah F (175 darjah C) selama 30 hingga 40 minit, atau sehingga masak. Uji dengan cucukan lidi ke dasar kek dan keluar bersih.
Biarkan sejuk dalamloyang selama 10 minit, kemudian keluarkan dari loyang dan letakkan di atas rak dawai. Hias seperti yang dikehendaki.
Sumber: http://allrecipes.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment